Usahawan Produk Amellya Beauty And Health

 Nama : Nur Emilyana Binti Ismail       

 Umur : 23 Tahun

 Ahli : 2018

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan produk Amellya Beauty And Health. Antara produk beliau adalah sabun pencuci wanita,  lipmatte,  foundation, susu dan scrub. Beliau mula berniaga tahun 2016 semasa tu tengah study lagi tapi dah mula menjual kosmetik secara online ni. Pada 2017 baru serius  fokus keluarkan jenama sendiri. bermula dengan E-mas Foundation (2017), kemudian keluar Sabun 24k Gold Soap dengan 24k Gold Serum ( 2018) lepastu Sabun Lady J (2020). Beliau juga menjadi model produknya sendiri, jadi tidak memerlukan modal yang banyak untuk upah model produk.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau singgah di kedai runcit sebelah Pusat Internet Wakaf Aik dan bertanyakan apakah kemudahan yang ada di sini.. Tanpa berlengah beliau terus mendaftarkan diri pada hari tersebut.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Wakaf Aik beliau selalu datang untuk menggunakan perkhidmatan seperti printing, fotostat, laminate dan scan serta penggunaan komputer dan internet dan juga bayaran bil.

 

Nur Emilyana Binti Ismail

Usahawan Online (Tukang Jahit Kampung)

 Nama : Rusnie Masthura Binti Abdullah

 Umur : 30 Tahun

 Ahli : 2019

Latar Belakang

Beliau mula berjinak dalam bidang kemahiran  jahitan pada awal usianya 15 tahun lagi. Disebabkan minatnya kepada jahitan beliau mendaftarkan diri di IKBN Wakaf Tapai dalam bidang jahitan. Beliau merupakan anak ke 11 dari 12 adik-beradik dan semua adik beradiknya kerja kerajaan manakala beliau sahaja yang kerja mencari rezeki sebgai tukang jahit kampung. Setiap kali ada kursus di mana-mana suaminya akan ambil alih tugas menjaga keluarga. Suaminya sangat memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau selama ini. Hasil dari jahitan beliau dapat beli Mesin Jahit, Mesin Tampal Berlian, Mesin Butang Bungkus, Mesin Kelim Biasa dan Halus Serta Mesin Sulam dan Mesin Tebuk Butang. Sebelum ini, beliau juga merupakan pengajar di Nie Collection dan Designer di Benang Hijau.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pusat Internet Wakaf Aik lokasi yang strategik di Kampung Wakaf Aik  menjadi laluan harian komuniti dan beliau tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik melalui rakannya semasa perjalanan ke tempat kerja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 21 Januari 2019 dan selalu datang ke Pusat Internet Wakaf Aik  untuk belajar urusan menggunakan komputer dan internet untuk Renew Lesen Perniagaan, transfer duit menggunakan online banking, fotostat dan bayaran bil bulanan.

 

RUSNIE MASTHURA

Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama : Muhamad Haziman Bin Harshim

 Umur : 10 Tahun

 Ahli : 2019

Latar Belakang

Beliau salah seorang  ahli Pusat Internet Wakaf Aik yang pemalu pada mulanya. Tetapi dia selalu mengikuti rakan-rakan datang ke sini untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan kadang-kadang berjinak-jinak masuk kelas secara percuma walaupun masih belum ahli. Setelah itu, beliau mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Wakaf Aik pada pertengahan bulan Mac tahun ini.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, hanya tengok rakan-rakan menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja sekolah dan menonton Youtube jika ada peluang masa yang berbaki.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau pula yang kerap datang ke Pusat Internet Wakaf Aik menggunakan komputer dari rakan-rakannya. Terutama bila ada kerja sekolah atau ada kelas-kelas yang disediakan.

 

Usahawan Tepung Kek Segera dan Susu Farm Fresh

 Nama : Siti Noriah Binti Ismail

 Umur : 36 Tahun

 Ahli : 2018

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan yang gigih berusaha menjual apa-apa produk terutamanya tepung kek segera dan susu farm fresh yang agak popular masa kini. Produk yang agak mudah didapati, murah tapi berkualiti, cepat untuk digunakan atau diminum dan yang paling penting sedap. Beliau juga mempunyai ramai pelanggan tetap terutamanya di Pusat Internet Wakaf Aik. Ini kerana beliau juga meninggalkan produk yang dijual di kaunter Pusat Internet Wakaf Aik. Beliau juga mempunyai kedai runcit berhampiran rumah.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik sebagai pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti  penggunaan komputer dan internet serta pembayaran bil. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula datang sini selepas menjadi ahli. Pembayaran bil tiap-tiap bulan hanya dibuat di sini dan tidak perlu ke bandar. Selain itu beliau juga salah seorang pelanggan yang kerap ‘ DEPOSIT’ wang untuk urusan perniagaan. Penggunaan komputer untuk perniagaan juga dimanfaatkan oleh beliau untuk mempromosikanproduk yang dijual oleh beliau.

 

 

Usahawan Dropship Pelbagai Produk Tempatan

 Nama : Nor Najwa Athirah Binti Othman

 Umur : 17 Tahun

 Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Beliau mula berjinak dalam dunia perniagaan dropship dalam awal tahun 2016. Najwa seorang pelajar Tingkatan 5 di SMUA Muhammadiah Beris Panchor, Bachok. Beliau seorang berjiwa berniaga, malah tidak kisah mempromosikan apa-apa produk asalkan mendatangkan hasil. Bukan keuntungan yang dicari tetapi pengalaman melayani pelanggan yang pelbagai karenah akan mematangkan beliau dalam dunia perniagaan di masa hadapan.Hobi beliau adalah memasak serta membuat kuih-kuih malah menjadi pendapatan sampingan kepada keluarganya.Beliau suka “Google” resepi memasak bila datang ke Pusat Internet Wakaf Aik.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau hanya sebagai seorang pelawat Pusat Internet Wakaf Aik dan sering datang untuk menyiapkan kerja sekolah bersama kawan-kawannya di meja Wifi yang disediakan di sini. Beliau agak lucu dan peramah dengan staff-staff Pusat Internet Wakaf Aik.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau agak aktif di sekolah, malah di Pusat Internet Wakaf Aik juga aktif datang kelas dan program. Beliau juga merupakan salah seorang skuad Pusat Internet Wakaf Aik. Selain aktif mempromosikan di sekolah kepada guru-guru dan rakan-rakan, beliau juga menggunakan facebook sebagai sosial media yang utama mempromosikan produk-produk yang dijual. Beliau datang menggunakan computer untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakanya.

 

Yusran