Usahawan Emas

 Nama : Sheera Saila Binti Alias

 Umur : 32 Tahun

 Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan yang berniaga Emas secara online dan offline. Beliau merupakan seorang Jururawat / Kaunselor di bahagian Penyakit Berjangkit di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM).Beliau berminat mencari pendapatan sampingan dengan menjual emas ini kerana harga pasaran yang berubah-ubah dan hasilnya pun agak lumayan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik sebagai pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penggunaan komputer dan internet serta print, fotostat, laminating dan sebagainya.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 14 Disember 2018 selepas rakanya mengajak untuk datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk menyiapkan kerja pejabat. Selepas itu, beliau sering datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Kadang-kadang beliau datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk minta tolong staff mempromosikanproduk beliau.Beliau juga aktif menyertai program bersama Pusat Internet Wakaf Aik.

 

Yusran

Celik IT - Pelajar Autisme Celik IT

 Nama : Ahmad Zarif Bin Ahmad Zamri

 Umur : 10 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau seorang autisme yang berumur 10 tahun. Beliau mula menjadi ahli pada 5 November 2016 kerana pujukan abangnya yang juga merupakan seorang ahli Pusat Internet Wakaf Aik. Walaupun beliau seorang yang autism tapi beliau sangat berminat dengan komputer dan apa-apa aktiviti yang melibatkan program di Pusat Internet Wakaf Aik. Nama samaran beliau adalah ‘Mat’.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau seorang pemalu tapi agresif bila berada di rumah bersama keluarga. Beliau akan marah sesiapa sahaja mengikut mood dan keadaan sekeliling.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau di Pusat Internet Wakaf Aik, beliau sudah menjadi seorang yang agak penyabar kerana setiap kali datang ke sini, staff yang bertugas akan layan beliau sebaik mungkin dan telah meletakkan syarat tertentu yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh mana-mana ahli.Contohnya susun selipar sebelum masuk Pusat Internet Wakaf Aik dan bila masuk kelas beliau perlu menyimpan peralatan yang telah digunakan dengan baik dan kemas. Beliau sangat aktif dalam kelas, dan suka bertanya dan suka menolong kawan-kawannya. Malah bila ada apa-apa program kecil atau besar di Pusat Internet Wakaf Aik beliau juga aktif terlibat sama bersama kawan-kawan.

 

 

 

Coach Kelas Business Online

 Nama : Nurul Nadiah Binti Ahmad Syukri

 Umur : 32 Tahun

 Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang Jururawat atau Kaunselor di Bahagian HIV di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Beliau mula berniaga online pada tahun 2009 dan memulakan tugas sebagai Coach Online Bisness pada awal tahun 2018 apabila bermulanya perniagaan sampingan sebagai dropship pelbagai produk usahawan tempatan.Beliau seorang yang berjiwa kuat dan bersemangat dan yakin diri sebab itu beliau dapat menjadi Coach atau Cikgu dan mengajar apa-apa cara untuk mengembangkan business orang melayu tempatan sambal menjana lebih pendapatan bulanan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik sebelum ini. Beliau mendapat tahu maklumat dari salah seorang staff Pusat Internet Wakaf Aik melalui urusan jual beli di kawasan hospital.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada akhir Disember 2018 apabila datang untuk mengambil produk belian di Pusat Internet Wakaf Aik dengan salah serorang staff di sini. Beliau menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang diberikan. Beliau seorang yang aktif dan pernah bekerjasama dalam Program Jom Sihat di Pusat Internet Wakaf Aik.

 

Nadiah

Agent Kordial Agogo (Mangga dan Honey Dew)

 Nama : Mohd Yusran Bin Azali

 Umur : 17 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau daftar sebagai ahli pada tahun 2016 lagi. Beliau merupakan pelajar lepasan SPM 2018. Keputusan SPM yang kurang memuaskan memberikan peluang baru kepada beliau untuk menjadi seorang Agent Kordial Agogo ini yang mana produk ini diusahakan oleh seorang rakan karibnya juga. Beliau seorang yang rajin dan sangat jujur malah  merupakan salah seorang Skuad Lelaki di Pusat Internet Wakaf Aik

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang yang pemalu dan segan pada mulanya apabila berkunjung ke sini. Beliau tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik dari buah mulut rakan-rakannya.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas menjadi ahli, beliau sering datang setiap hari menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja sekolah dan suka menonton Youtube jika tiada kerja sekolah yang perlu dibuat. Beliau sentiasa membantu petugas jika terlalu ramai pelanggan untuk dilayan. Beliau menggunakan sosial media untuk mempromosikan produk yang dijual.

 

Yusran

Celik IT - Seorang Pelajar yang Komited Menyertai Aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Wakaf Aik

 Nama : Ahmad Zarif Bin Ahmad Zamri

 Umur : 14 Tahun

 Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2.Ayah beliau bekerja sebagai pemandu ambulans manakala ibunya seorang jururawat.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, dia hanya menggunakan telefon bimbit yang diberikan oleh ayahnya kepada dirinya untuk mencari maklumat mengenai pelajaran dan penggunaan data internet adalah terhad. Selain itu, beliau tidak mengetahui kewujudan Pusat Internet Wakaf Aik sehingga ibunya sendiri yang mendaftar beliau sebagai ahli disini pada tahun 2015.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas mengetahui kewujudan Pusat Internet Wakaf Aik, beliau sering mengunjungi Pusat Internet tersebut untuk mencari maklumat serta menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru sekolah beliau. Dengan kemudahan internet yang percuma selama setengah jam yang diberikan untuk yang menjadi ahli Pusat Internet Wakaf Aik amat memuaskan. .Ini kerana, jarak Pusat Internet Wakaf Aik dengan rumah beliau sangat dekat iaitu 500 meter.Selain itu, beliau juga sering terlibat dalam aktiviti dan kelas yang sering diadakan di Pusat Internet Wakaf Aik.